Jawatan kosong mara 2017 (penolong jurutera gred JA29/30)
1. Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif & inovatif serta komitmen ke arah menerajui kecemerlangan MARA di persada dunia.
Warganegara Malaysia yang memiliki ciri-ciri tersebut di atas adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-
JAWATAN : PENOLONG JURUTERA
KEJURUTERAAN AWAM
KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PENGHAWA DINGIN DAN AUTOMOTIF)
KEJURUTERAAN ELEKTRIK
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM : RM 1,549.00 (MINIMUM)- 5,701.00 (MAKSIMUM)
KELAYAKAN :
Calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
Kelayakan :
(a) (i). Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29:RM1,549.00); atau
(ii). Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29;RM1,935.02), dan
(iii). Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
3. TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK
4. HAD UMUR PERLANTIKAN:
(i) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan di tutup.
(ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
iii) berumur kurang 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iv) berumur kurang 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
5. SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
6. CARA MEMOHON :
i. Permohonan hendaklah dibuat secara online yang boleh dilayari melalui laman web MARA iaitu www.mara.gov.my. Tarikh permohonan dibuka dari 21 Ogos 2017 hingga 11 September 2017
ii. Permohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan pengikitirafan kelayakan melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu :https://app.mohe.gov.my/iktiraf/index.php?pg=1 dan hendaklah mengemukakan salinan pengikitirafan tersebut semasa sesi temuduga.
7. KAEDAH PERLAKSANAAN
i. Permohonan yang memenuhi dan menepati syarat lantikan skim sahaja akan diproses. Setiap permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria yang telah ditetapkan.
ii. Permohonan yang berjaya sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre).
iii. Calon-calon yang bersedia untuk ditempatkan berkhidmat di manamana Pusat Pentadbiran MARA sahaja akan dipertimbangkan untuk lantikan ke jawatan berkenaan.
iv. Calon yang berjaya akan menerima pesanan ringkas sms dan perlu menyemak laman web MARA dari semasa ke semasa bagi mengetahui status permohonan yang berjaya.
v. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh temuduga hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya.

Comments
Post a Comment